Monday, 9 July 2018

7 STRATEGI SAYA BEBAS DARI HUTANG!

Ini adalah satu perkongsian hebat daripada mentor mami:
"Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li (Dato´Dr Rusly Abdullah). Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Urus Kewangan

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lebih Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.


Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam."
InsyaAllah mami pun dalam proses bebas daripada hutang. Semoga apa yang di perkatakan oleh mentor mami ni, dapat membantu kita menyelesaikan hutang yang ada ye...

Thursday, 22 March 2018

5 TABUNG SIMPANAN BERGAYA : OOH DUIT GAJIKU



Assalamualaikum.

Imbau balik kisah silam, masa memula terima gaji. Masa tu tahun 2010, saya baru start kerja. Waktu muda remaja tu bila dapat je duit gedebuk ribu-ribu dalam akaun bank, ligat je sel-sel otak berhubung. Macam-macam nak di beli sampai rasa "ini donia aku yang punya".

Bila dah matang, baru terperasan bahawa 'bodohnya aku tak pernah buat simpanan'.

Berkat kematangan tersebut, saya nak kongsikan beberapa teknik supaya muda mudi di luar sana mampu simpan bergaya dan tidak menyesal.

Berapa diperlukan untuk simpanan sebulan? Boleh jadi 10%, 20% atau 50% daripada pendapatan yang diterima. 

Setiap orang ada matlamat kewangan yang berbeza kan? Jadi, jumlah simpanan yang perlu kita simpan juga pastinya tidak sama.

Nak buat simpanana setiap bulan, paling utama yang kita perlu lakukan adalah menentukan matlamat bagi setiap simpanan. Contohnya perubatan, pelaburan, deposit rumah, melancong dan lain-lain.

Namun, ada beberapa simpanan serta matlamat sahaja yang kita perlu utamakan supaya tidak tersilap langkah lepas ni. Saya kongsikan 5 jenis tabung yang perlu kita ada.

(1) Tabung Kecemasan

Apa yang penting adalah tabung ini membantu kita sewaktu kita memerlukan. Contohnya, kereta rosak atau kehilangan barang. Pastikan juga tabung kecemasan ini mudah dicairkan dan boleh digunakan dengan cepat.

Jumlah simpanan yang perlu ada adalah tiga bulan gaji. Ini bermakna, jika gaji kita RM2,000 sebulan, maka kita memerlukan simpanan sebanyak RM6,000 di dalam tabung ini.

Teknik simpanan yang boleh kita ikut ialah asingkan sebanyak 10% daripada gaji setiap bulan untuk disimpan di dalam tabung kecemasan. Jadi, setiap bulan kita perlu simpan RM200 dan kita memerlukan 30 bulan atau 2.5 tahun untuk mencukupkan jumlah tabung tersebut.

(2) Tabung Perubatan

Tabung ini perlu ada supaya diri sendiri dan keluarga mendapat perlindungan sekiranya berlaku apa-apa dari segi kesihatan, kemalangan dan kematian. Seeloknya kita boleh mengambil pelan perlindungan (insuran) dengan kadar 5% hingga 10% daripada gaji.

Tabung simpanan atau pelan takaful ini penting supaya kita tidak terbeban dengan kos perubatan yang semakin meningkat. Tabung simpanan perubatan ini juga dipanggil sebagai satu pelaburan terhadap diri sendiri. Kita melaburkan satu perlindungan terhadap diri supaya simpanan dan duit kita tidak habis digunakan untuk membayar kos perubatan yang tinggi.

Setiap syarikat takaful mempunyai pelbagai jenis produk yang memberikan manfaat yang berbeza mengikut kehendak pelanggan. Oleh itu, pastikan kita membuat penilaian terlebih dahulu terhadap beberapa jenis pelan perlindungan yang ditawarkan.

(3) Tabung Pelaburan

Ia bergantung kepada jenis pelaburan yang ingin di sertai. Jika pelaburan seperti amanah saham atau ASB, kita boleh simpan 20% hingga 30% dari pendapatan kita kerana pelaburan ini mampu memberi pulangan yang baik.


Selain itu, jika anda mahu melabur dalam instrumen yang memerlukan satu modal yang besar seperti pelaburan hartanah, anda boleh jadikan tabung simpanan ini untuk mengumpul deposit awal iaitu sebanyak 10% dari harga rumah.

Anda perlu memiliki beberapa pelaburan untuk meningkatkan pendapatan anda sama ada melalui dividen atau sewa yang diterima.

Paling berkesan adalah pelaburan dalam simpanan emas. Kita sedia tahu, harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Semakin lama kita menyimpan emas, semakin tinggi nilainya. Emas juga kalis inflasi dan telah digunakan sejak zaman Rasulullah lagi dalam sistem berjual-beli. Antara syarikat emas yang boleh dipercayai adalah Syarikat Public Gold Sdn. Bhd.

(4) Tabung Rumah)

Impian setiap orang untuk mempunyai rumah sendiri kan? Namun, kita mempunyai masalah harga rumah yang semakin mahal dan inilah yang menjadi penghalang. Oleh itu, satu tabung simpanan perlu diwujudkan untuk dijadikan sebagai deposit rumah sekurang-kurangnya.

Jika inginkan rumah yang mahal, jumlah simpanan yang perlu ada setiap bulan juga mestilah tinggi. Begitu juga sebaliknya. Jika bermula membuat simpanan lebih awal, maka kita berpeluang memiliki rumah idaman dengan lebih cepat.

Simpanan yang perlu ada sebagai deposit rumah bergantung kepada harga rumah yang diinginkan. Jika harga rumah RM300,000, kita perlukan deposit sebanyak RM30,000 iaitu 10% daripada harga rumah.

Jika mengumpul deposit untuk beli rumah sendiri terlalu tinggi, kita boleh tukar tabung simpanan rumah ini menjadi tabung modal perniagaan. Keuntungan daripada perniagaan tersebut, boleh digunakan sebagai deposit rumah kan?

(5) Tabung Percutian

Ini adalah tabung terakhir yang patut dimiliki. Mungkin kita sudah penat dengan matlamat kewangan yang membuatkan kepala pening memikirkannya. Oleh itu, kita boleh rehatkan diri dengan pergi bercuti di dalam atau luar negara.

Tabung simpanan ini sangat penting bagi memastikan hidup kita menjadi seimbang dan juga pada masa yang sama dapat melepaskan segala tekanan kerja.

Jika bekerja dengan majikan, kita bernasih baik kerana mempunyai simpanan KWSP untuk masa depan. Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan KWSP, mungkin boleh memikirkan untuk memiliki satu simpanan untuk kegunaaan hari tua.

Bila difikirkan, agak sukar untuk mewujudkan semua tabung-tabung ini. Namun, ianya tidak mustahil kan? Sekiranya kita tidak mampu untuk buat semua, kita wujudkan dulu satu daripadanya. Mana tahu, lama-kelamaan tanpa sedar kita mampu wujudkan kelima-lima tabung ini.

Selamat menabung!

Thursday, 22 February 2018

POSITIF: AMALKAN HIDUP TENANG

Hai gais! happy ke dengan life sekarang?

Ke ada yang sedang berendam ayaq mata! menahan sebak didada. Pilu dengan dugaan yang menimpa. Asyik fikir apalah salah aku? Kenapa jadi kat aku? Kenapa buat aku macam ni? Fuuhhh Bersarang kepala otak tu.

Ada tak? Ada tak?

Kalau ada, tak payah la nak drama sangat oii! Dah macam hidup tu takat tu saja lagaknya. Bangun! Bangun! Bangun! Sudah... jangan dilayan perasaan macamtu. Tak baik untuk kesihatan dan tak elok untuk masa depan.

Berendam air mata dengan sikap dan tindakan orang lain memang useless! Langsung tidak berfaedah. Seeloknya dijauhkan ye, why? ye la.. Rugi masa ja nak melayan perasaan negetive begitu, sebab ada banyak lagi benda yang boleh di buat. Betul tak?

Dari meratap hiba, bagai menunggu mati saja. Lebih baik go on dengan hidup yang gumbira. Untuk mendapatkan hati yang tenang, perbanyakkanlah berdoa. DIA Yang Maha Mengetahui dan Maha Pengasih. Mengadu lah pada DIA.

Teknik tambahan yang boleh diamalkan untuk ketenangan jiwa:

Follow step ini bersama-sama:
1. Pejam mata
2. Tarik nafas

3. Sebut.. 
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الشافي
بسم الله الكافي
بسم الله المعافي
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىءفى الارض ولا في السماء وهو السميع العليم.

"Ya Rabbi... Ya Karim... Ya Allah... Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih diberi nafas untuk hidup dan beribadah padamu"
4. Lepaskan nafas perlahan-lahan.

Lagi satu, kalau rasa tidak tenang dengan keadaan sekeliling tu.. Bawak-bawak lah diri ke ruang lain yang lebih happening. Jangan tungu kat situ, parah nanti!

Sama-sama kita amalkan setiap hari ya, insyaAllah.. Hati kita lebih tenang. Hidup akan lebih aman tenteram.

Akhir kalam, jagalah hati. Jagalah tutur kata supaya tiada yang terasa dan terguris. Cermin diri dengan iman ye!