Hai gais! happy ke dengan life sekarang?
Ke ada yang sedang berendam ayaq mata! menahan sebak didada. Pilu dengan dugaan yang menimpa. Asyik fikir apalah salah aku? Kenapa jadi kat aku? Kenapa buat aku macam ni? Fuuhhh Bersarang kepala otak tu.
Ada tak? Ada tak?
Kalau ada, tak payah la nak drama sangat oii! Dah macam hidup tu takat tu saja lagaknya. Bangun! Bangun! Bangun! Sudah... jangan dilayan perasaan macamtu. Tak baik untuk kesihatan dan tak elok untuk masa depan.
Berendam air mata dengan sikap dan tindakan orang lain memang useless! Langsung tidak berfaedah. Seeloknya dijauhkan ye, why? ye la.. Rugi masa ja nak melayan perasaan negetive begitu, sebab ada banyak lagi benda yang boleh di buat. Betul tak?
Dari meratap hiba, bagai menunggu mati saja. Lebih baik go on dengan hidup yang gumbira. Untuk mendapatkan hati yang tenang, perbanyakkanlah berdoa. DIA Yang Maha Mengetahui dan Maha Pengasih. Mengadu lah pada DIA.
Teknik tambahan yang boleh diamalkan untuk ketenangan jiwa:
Follow step ini bersama-sama:
1. Pejam mata
2. Tarik nafas
3. Sebut..
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الشافي
بسم الله الكافي
بسم الله المعافي
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىءفى الارض ولا في السماء وهو السميع العليم.
"Ya Rabbi... Ya Karim... Ya Allah... Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih diberi nafas untuk hidup dan beribadah padamu"
4. Lepaskan nafas perlahan-lahan.
Lagi satu, kalau rasa tidak tenang dengan keadaan sekeliling tu.. Bawak-bawak lah diri ke ruang lain yang lebih happening. Jangan tungu kat situ, parah nanti!
Sama-sama kita amalkan setiap hari ya, insyaAllah.. Hati kita lebih tenang. Hidup akan lebih aman tenteram.
Akhir kalam, jagalah hati. Jagalah tutur kata supaya tiada yang terasa dan terguris. Cermin diri dengan iman ye!